Rekabentuk Naza N5

Rekabentuk Naza N5 mengutamakan keutuhan, nisbah kuasa-berat dan stail futuristik. Untuk mengurangkan berat, pihak KR telah menggunakan rekaan rangka trellis yang ternyata utuh serta jimat berat. Kebanyakan rekaan motosikal ini adalah menggunakan plastik berserat (fibre-reinforced plastic polimer)yang utuh dan aluminium untuk mengurangkan berat. Material plastik berserat banyak digunakan untuk membuat cover dan juga tangki kondom ( tangki 11 liter terletak berada di dalam dan ditutupi oleh cover panel ). Keunikan tangki kondom ini adalah walaupun ia diperbuat dari plastik namun ianya utuh dan ringan serta selamat sepertimana tangki besi yang berat. Swingarm juga diperbuat dari aluminium untuk mencapai berat yang ringan.

Rekaan stail futuristik Naza N5 dapat dilihat kepada bentuk cover panel yang seakan akan tajam. Posisi tunggangan Naza N5 tidak terlalu menunduk atau terlalu menegak untuk membolehkan penunggang selesa semasa menunggang santai atau memecut. Bentuk lampu depan halogen yang berbentuk segitiga dan bujur sedikit menyerlahkan gaya futuristik yang unik. Tempat duduk pembonceng diletakkan terpisah lebih tinggi dari tempat duduk penunggang bagi menampilkan gaya yang seakan akan seperti ekor superbike. Gaya futuristik ini dilengkapkan lagi dengan dengan paparan LCD yang terang bagi memaparkan informasi tentang kelajuan (kmj/bj), rpm, suhu, kedudukan gear, jam dan jarak perjalanan yang boleh diubah mode mengikut kehendak pemilik.

Dimensi saiz Naza N5 ialah memiliki kepanjangan 1937mm, lebar 800mm dan ketinggian 1055mm. Jarak roda adalah 1340mm untuk tunggangan yang lebih stabil dan selesa. Ground clearence pula diletakkan sederhana tinggi sebanyak 135mm bagi memudahkan penunggang melalui permukaan jalan yang berbonggol.

Naza N5 pandangan sisiNaza N5 pandangan belakangPandangan dari arah penunggang